Seramai 38 orang pelajar telah dibawa mengikuti pakej 4 hari 3 malam di Taman Negara, Pahang.
Inilah hasil pencapaian cemerlang "straight A" semasa PMR 2010. YS turut berbangga dan sebagai tanda penghargaan, YS memilih Taman Negara sebagai destinasi lawatan gemilang dengan sepenuh kos ditaja oleh YS.
Antara objektif utama program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan tahap motivasi diri para pelajar cemerlang ini untuk terus berdaya juang dan mengekalkan prestasi cemerlang mereka untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kelakSemoga pelajar-pelajar akan terus mengekalkan kecemerlangan di masa-masa akan datang.
3.Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang di jalankan sepanjang Program Lawatan Gemilang ke Taman Negara, Pahang berlangsung :
Seramai 37 orang pelajar RKPYS yang terlibat mendaftar di AYSKL pada 7 Jun 2011, antara jam 9 hingga 11 malam.
Rombongan Program Lawatan Gemilang tiba di Rain Forest Resort, Kuala Tahan pada jam 12.30 tengahari. Selepas ‘check in’, makan tengahari dan menunaikan solat Zohor, sessi taklimat dan 'Ice breaking 'dijalankan.
Baru tiba di Rainforest Resort
Taklimat oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar & Pendidikan
Sessi bergambar kenangan
Seterusnya, aktiviti ‘ice breaking’ telah di jalankan dan dikendalikan oleh jurulatih Kem Bina Semangat, iaitu Encik Shaferi Bin Abdul Aziz.
Keesokkan pagi 9 june 2011 , kami memulakan perjalanan "Jungle Tracking to Mount Teresek" dan "Canopy Walk" bermula seawal 8 pagi.
Keesokkan pagi 9 june 2011 , kami memulakan perjalanan "Jungle Tracking to Mount Teresek" dan "Canopy Walk" bermula seawal 8 pagi.
Di pintu masuk Taman Negara
Penerangan oleh "guide'
‘Canopy Walkway’ telah di jalankan. Para pelajar dan urusetia telah diberi penerangan oleh ‘guide’ yang telah dilantik berkaitan khazanah alam yang terdapat di Taman Negara.
Canopy walk
Di sebelah petang, aktiviti melawat perkampungan orang asli dengan menaiki bot telah dilakukan. Para pelajar telah didedahkan mengenai kehidupan orang asli dari suku Batek yang hidup secara nomad, bagaimana menghidupkan api, membuat sumpit dll.