GENERASI PELAJAR IDAMAN
YAYASAN SELANGOR
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah Azza Wajjalla
Yang jiwanya kaya dengan penghayatan Islam..pusaka Rasulullah s.a.w
Yang sentiasa haus dengan ilmu - yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tak pernah takut untuk berkata benar
Yang tak pernah gentar dan penat untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang pintar soleh, serba boleh
Yang bijak menyepadukan 100 persen potensi aqal, rohani, jasmani dan emosi
Yang sentiasa berusaha memperhalusi akhlak dirinya dan menjaga tutur kata
Yang tidak bermegah dengan pangkat, nama, mahu pun harta dunia
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan & tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang menghormati IBUnya dan BAPAnya..
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang tak membazir masa
Yang hatinya sentiasa gentar untuk berfoya-foya
Matanya kepenatan kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan kecergasan
Kerana sehari lagi usianya..
Terus menerus menjanjikan ilmu dan kematangan dirinya bertambah
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang mengingati MATI
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu disiram, dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas keimanan hakiki yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Generasi Pelajar Idaman YS adalah Insan Muslim yang Soleh
Yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia
Kerana kita amat rindu dan mengimpikan Jannah
Disitulah rumah idaman kita
Yang mana kehidupan di sana
Terbentang suatu kejayaan hakiki, kekal selamanya penuh rahmat dan kasih sayang
Jua tiada tandingannya dengan dunia fana dan segala isinya
Ingatlah - Generasi Pelajar Idaman YS yang di Kasihi
Tidak sekali-kali di nafikan keseronokan alam remaja hanya datang sekali
Begitu juga dengan MATI
Ianya juga hanya datang sekali seumur hidup
Jadikanlahnya pada JALAN Allah

Renungan Ikhlas Ustaz Barudin bin Yusof , Eksekutif AYSKL
* Terimakasih kepada Ustaz di atas sumbangan nukilan untuk perkongsian dan renungan bersama. Semoga pelajar-pelajar YS memilikki dan membajai nilai-nilai untuk menjadi Generasi Idaman.
No comments:
Post a Comment